Jan 26, 2009

Perpustakaan PGA


Sejarah Penubuhan Perpustakaan PGAPenubuhan perpustakaan ini hasil perbincangan awal antara Sab Inspektor Kapeli bin Mat Isa dengan YB Ahli Parlimen Tambun. Hasil perbincangan tersebut seterusnya dibawa ke pengetahuan YDH Timbalan Komander Briget Utara yang pada masa itu menjawat jawatan sebagai Pegawai Pemerintah BN1 PGA. Perkara ini mendapat persetujuan beliau dan hal ini kemudiannya diusulkan ke Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak untuk dipertimbangkan.
Hasil persetujuan dari semua pihak, perpustakaan ini berjaya ditubuhkan pada Oktober 2000. Tempat yang dijadikan perpustakaan sekarang ialah sebuah Pejabat Risik BN1 PGA. Memandangkan kedudukan blok O berada di tengah2 kentomen,persetujuan diperolehi dari YDH Komander Briget Utara untuk dijadikan perpustakaan. Kerja2 pembaikan telah dilakukan secara bergotong-royong oleh anggota2 BN1 PGA,setelah mendapat peruntukan awal sebanyak RM 5,000 dari YB Ahli Parlimen Tambun, Dato Haji Husni bin Hanadzlah.



Pada 13 Januari 2001, perpustakaan ini telah dirasmikan oleh YB Ahli Parlimen Tambun, Dato Haji Husni bin Hanadzlah yang pada ketika itu menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Pada bulan Jun 2002, perpustakaan ini telah diperbesarkan setelah mendapat bantuan dari Ahli Parlimen Tambun. Peruntukan sebanyak RM15,000 telah diberikan dan kerja2 pembesaran dilakukan oleh kontraktor yang telah dilantik. Pada tahun 2004,bantuan sekali lagi diterima sebanyak RM 4,600. Dana ini disumbangkan oleh Dato Haji Husni untuk membuat pintu kaca gelongsor (sliding door).
Bangunan yang siap sepenuhnya terbahagi kepada dua ruangan iaitu ruangan pembaca dewasa dan kanak2. Terdapat juga satu ruangan untuk aktiviti kanak2 khususnya sewaktu galak


Ruangan Pembaca Dewasa

Rak Majalah 1


Rak Majalh 2 (koleksi PDRM)


Ruangan Pembaca Kanak2


Ruangan aktiviti kanak2

Sehingga kini,koleksi buku di perpustakaan ini ialah sebanyak 4700 buah buku. Antara kemudahan2 lain yang terdapat di perpustakaan ini adalah seperti bacaan majalah2 yang terkini, akhbar, alat permainan untuk kanak2, television, perakan video dan lain2
Perpustakaan ini juga mempunyai komputer di bawah Projek Pemberian Sejagat (USP). Ianya dilengkapi perkhidmatan komunikasi asas dan capaian internet. Projek (USP) ini dikendalikan oleh Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK). Perkhidmatan ini juga membekalkan sebuah mesin pencetak dan seunit mesin pengimbas serta dua buah kipas berdiri untuk kemudahan pengguna yang berkunjung ke Perpustakaan PGA.


Kemudahan IT

Pembantu Perpustakaan
Kakitangan yang mula-mula ditugaskan di perpustakaan ini ialah Puan Rosyati bt Bahador. Beliau mendirikan rumahtangga dengan seorang anggota polis dan menetap di Kem Pasukan Gerakan Am, Briget Utara, Ulu Kinta. Beliau berasal dari kedah dan mempunyai seorang cahayamata lelaki. Taraf pendidikan tertinggi ialah STPM dan mula bertugas pada bulan Oktober 2000. Pada tahun 2006, beliau ditukarkan ke ibu pejabat kerana mendapat status pembantu perpustakaan tetap. Tempat beliau telah diambil alih oleh Puan Nor Jehan bt Shuamy. Beliau sempat berkhidmat untuk jangkamasa sebulan sahaja sebelum meletak jawatan pada awal bulan Februari. Jawatan ini seterusnya di jawat oleh Puan Norsuriamurni bt Abdul Razak pada 13hb March 2006 sehinggalah ke hari ini. Beliau berusia 25 thn dan mempunyai seorang cahayamata. Beliau menetap di Kampung Melayu Batu 8.
Bermula dari tahun pertama perpustakaan ini beroperasi, petugas diwajibkan untuk mengadakan program galak guna 4 kali dalam setahun. Aktiviti galak guna ini bertujuan untuk menggalakkan masyarakat sekitar berkunjung ke perpustakaan. Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara petugas perpustakaan dengan ahli jawatankuasa dan masyarakat. Antara program2 yang dijalankan ialah pertandingan mewarna,melukis, bermain puzzle, dam, catur, congkak dan lain-lain aktiviti.

Pembantu Perpustakaan Masyarakat PGA
NOR SURIAMURNI ABD RAZAK
25Tahun
Sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.
Menetap di Kampung Melayu Batu 8.
Berkhidmat dari 13 Mac 2006 sehingga sekarang

0 comments:

Post a Comment

free counters