Jul 1, 2012

Selamat berpuasa...


Salam semuer....sempena bulan Syaaban nie sy nak ucapkan selamat berpuasa dan 'mengganti puasa' pd yg masih xabis ganti g tu. Xsangka dah nak masuk bulan puasa dh ek...kejap btol masa berlalu. Actually time2 nie ler masa nyer kiter prepairkan diri tuk menghadapi bulan ramadan yg bakal tiba....kan aper...karang 'terkejut' plak 'badan', mula ler yg nk grastrik la b'bagai..hihi.
Kali nie sy nak kongsi ler kelebihan yg ader pd bulan nie, yg sy rasa ramai yg dh sedia maklum....but still,sharing is caring kan ^_^



#Dinamakan dengan syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak.

1. Setiap amalam kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda.

2. Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya.

3. Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan di akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi, pahala beribadat selama 70 tahun.

4. Kelebihan malam nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang mendirikan solat sunat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.

5. Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap kedua ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.

Sedikit perkongsian untuk kita semua. Sy berharap agar kita semua dapat melakukan seberapa banyak amal dan sentiasa memberi peluang kepada diri sendiri untuk menunaikan sesuatu yang bermanfaat terutama kepada diri sendiri,just like a special gift tuk diri...lgpon senang jer nak amalkan terutama yg no.3 tu,but still pastikan perkara di no.5 tu dielakkan.

Dan tuk maklumat tambahan,sepanjang bulan puasa nie PPIK akan beroperasi spt biasa pd siang hari. Cuma pada waktu mlm jer ader sedikit perubahan...coz klu bleh xnak ler terlepas mengerjakan solat terawih tahun nie memandangkan all my kids dh tau menghormati solat.

So...update len ler nnt eak..bye, Assalammualaikum...

0 comments:

Post a Comment

free counters