Mar 14, 2013

Pasukan Gerakan Am (PGA)

Info 

Pasukan Polis Gerakan Am PGA

Mungkin sebelum ini ramai yang tidak tahu apa itu PGA.

PGA adalah salah satu Cawangan dalam Pasukan polis yang menerima latihan separa Military, Pasukan ini memang terlatih di dalam hutan dan Bandar, PGA juga memiliki skuad Elit mereka sendiri yang dikenali sebagai Tiger Platoon , sejak negara kita aman dari anasir luar atau kominis ramai di antara anak muda tidak kenal apa itu PGA. Dahulu mereka di kenali polis hutan atau PPH Tetapi kejadian di Lahad Datu telah membuka mata ramai rakyat dan juga betapa besar nya pengorbanan mereka di barisan hadapan, yang mana sebelum ini kita cuma kenal Polis Trafik, Polis Peronda, tetapi ketika keadaan perang sebegini merekalah Polis yang berada di barisan hadapan bersama sama dengan Pasukan Elit Polis Vat 69.




Jangan tak tau, klu rusuhan berbagai tu, PGA la antara yang mengawalnya.




. Pergorbanan ATM juga tidak kita lupakan yang mana bersama-sama membanteras pencerobohan yang berlaku di Lahad datu

Sebelum Cakap Sesuatu, Fikirkan Dahulu





KES LAHAD DATU
Sebelum bercakap sesuatu, fikirkan dahulu..

MENGAPA POLIS YANG DIKERAHKAN DAHULU?

Dalam situasi ini , kita kenalah faham , Mengapa Polis Hutan (PGA) dan VAT69 yang dikerahkan dahulu. Tujuan asal OPS Serkap / Sulu ini adalah untuk berunding dengan penceroboh (mundu) untuk keluar dari... kawasan yang diceroboh dan untuk menangkap penceroboh sekiranya mereka enggan meninggalkan kawasan yang diceroboh.

Peristiwa berdarah dengan lepasan Mortar yang meragut 2 nyawa anggota VAT69 (Very Able Trooper 69) menandakan perang tercetus diantara penceroboh dan anggota keselamatan kita.

DIMANA LETAKNYA ASKAR KITA?

Jul 5, 2012

Keja + Hari sukan Sek

Slalu nyer ari mggu ppik buka tapi start dri awal bln july nie sy terpaksa tutup. Nie kerana sy buzy sgt ngan hari sukan sek anak2.
1/7/12 lps sek anak sulungku SJK (C) Tat Choi ader ri sukan. nak xnak kena ler tutup ptg nyer....so malam bru beroperasi.
Mggu nie pulak my 2 princess nyer ri sukan...dekat ngan dewan bercham...so sabtu nie tutup ler lagi...tapi pg jer,ptg buka dalam kol 4. Hope ri sukan diorg nnt abiz awal...ader ler masa ku nak kemas2 umah sket n rest sblom kijo....

^_^

Makluman

Di sini saya nak maklumkan bahawa PPIK PGA(Pusat Perkhidmatan Ilmu Komuniti) adalah salah satu tempat yg menawarkan perkhidmatan kepada komuniti sahaja...
Saya tak berkhidmat dengan PDRM....ini kerana saya slalu mendapat panggilan yang bertanyakan soalan seolah2 saya nie anggota polis or some one yg bekerja di pejabat polis...hihi... harap maklum yer.
So klu nak dapatkan maklumat tentang PGA nie sy cuma blh bg maklumat am je la...yg lebih lanjut tu sy xbrani ler nak pandai2 bg maklumat.

Tentang Maktab Perguruan juga saya tak terlibat apa2...kebetulan maktab tersebut berdekatan Kem PGA sahaja... tp andai ada yg berminat nak apply guru, disini  saya sertakan link utk memudahkan pencarian anda.

Jul 1, 2012

Selamat berpuasa...


Salam semuer....sempena bulan Syaaban nie sy nak ucapkan selamat berpuasa dan 'mengganti puasa' pd yg masih xabis ganti g tu. Xsangka dah nak masuk bulan puasa dh ek...kejap btol masa berlalu. Actually time2 nie ler masa nyer kiter prepairkan diri tuk menghadapi bulan ramadan yg bakal tiba....kan aper...karang 'terkejut' plak 'badan', mula ler yg nk grastrik la b'bagai..hihi.
Kali nie sy nak kongsi ler kelebihan yg ader pd bulan nie, yg sy rasa ramai yg dh sedia maklum....but still,sharing is caring kan ^_^

Apr 13, 2012

Perkembangan di tahun 2012

Lama tak menulis di blog nie....setelah 2 tahun tak beroperasi kini PPIK PGA beroperasi semula di bawah pengurusan Taszy Ent. Terima kasih pada kak Zie dari PPIK Kampung Yaman yang banyak bagi info pada saya. Buat rakan-rakan ppik yang ingin beroperasi semula anda boleh dapatkan maklumat dari saya atau kak zie...
Perkhidmatan yang di tawarkan masih seperti dulu termasuk mengajar komputer secara percuma. Cuma sijil tidak lagi dibekalkan.

Feb 2, 2010

2010

HAPPY NEW YEAR, SLAMAT TAHUN BARU N HAPPY CHINESE NEW YEAR 2 all..
Dh lama xedit blog nie sejak PPIK b'henti operasi pd 31 Oktober 2009. Apa pn d kesempatan nie saya nak ucapkan berbanyak trima kasih pada mereka yg bkenaan yg telah byk memberikan sokongan secara langsung dan tidak langsung sepanjang pertubuhan PPIK, terutama kepada pihak MAXIS dan SI Tan Chin Buwin (Cawangan Tata tertib,Briget Utara) yg telah memberi peluang kepada saya untuk menjawat jawatan ini serta byk membantu mempromosikan PPIK saya. Tak lupa juga kepada rakan2 perjuangan d seluruh Malaysia yg secara xlangsung memberikan sokongan dlm semua aspek, kritikan, pandangan dan tunjuk ajar kepada saya. Harapan saya agar program celik IT seperti ini akan d jalankan lg d masa akan datang.. Trima kasih juga kepada masyarakat Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta yg telah menyertai program komputer yg d jalankan d PPIK PGA dan d harap mendapat manfaat dr program tersebut.
Alhamdulillah juga dgn plibatan saya dlm program MAXIS ini byk memberi peluang kepada saya mengenali masyarakat setempat d samping membuka peluang saya dan rakan2 memjalankan perniagaan sampingan 'side job'.
Kepada yg masih bminat utk mempelajari komputer,khidmat masih d tawarkan secara percuma. Utk maklumat lanjut hubungi 05-5452690 (azs).
free counters