Apr 13, 2012

Perkembangan di tahun 2012

Lama tak menulis di blog nie....setelah 2 tahun tak beroperasi kini PPIK PGA beroperasi semula di bawah pengurusan Taszy Ent. Terima kasih pada kak Zie dari PPIK Kampung Yaman yang banyak bagi info pada saya. Buat rakan-rakan ppik yang ingin beroperasi semula anda boleh dapatkan maklumat dari saya atau kak zie...
Perkhidmatan yang di tawarkan masih seperti dulu termasuk mengajar komputer secara percuma. Cuma sijil tidak lagi dibekalkan.



PPIK masih mendapat sambutan dan peningkatan dapat dilihat dengan kehadiran kanak-kanak dan remaja masyarakat orang asli. Walaupun ada segelintir yang tak tahu membaca atau mengeja,namun minat dan perasaan ingin tahu menyebabkan mereka mudah di ajar...
Banyak maklum balas positif yang saya terima dari ibu bapa yang rata-ratanya kini mudah mengesan dimana anak mereka berada..dan pada saya pula memang menjadi tanggungjawab saya menyelia penggunaan internet terutamanya dikalangan anak remaja, ini kerana semua pun sedia maklum perkara positif dan negatif yang terdapat dalam internet.
Setiap perkara dinilai berdasarkan niat dan matlamat dan bagi saya, niat saya ingin memudahkan masyarakat sekeliling mendapat capaian internet dan membantu mereka yang ingin mendapatkan sebarang bantuan dalam capaian internet. Selain itu,perkhidmatan seperti fotostat dan print juga amatlah membantu masyarakat PGA terutama bagi isteri dan anak2 apabila suami/bapa mereka bertugas di luar kawasan.. Semoga perkhidmatan yang disediakan dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

 



0 comments:

Post a Comment

free counters