Jan 29, 2009

PPIK PGA,UluKinta Perak

Pusat Perkhidmatan Ilmu Komuniti Ulu Kinta
Pusat ini mula beroperasi pada awal Tahun 2007. Pada ketika itu pusat ini di selia oleh Cik Nurnozihan Binti Mat Isa. Setelah berkhidmat selama hampir 2 tahun tempat beliau seterusnya diganti oleh Puan Nur Azra Binti Abdul Jamil.Berkhidmat dari September 2008 hingga sekarang.


OPERASI BERMULA
Pemasangan perabot dan peralatan komputer mula beroperasi pada bulan November dan pada akhir bulan November 2008,PPIK PGA boleh beroperasi sepenuhnya. Namun disebabkan lokasi PPIK ini terletak di dalam kemtomen/markas PGA, segala operasi terutama yang melibatkan penggunaan bangunan perlu mendapat kelulusan dari Komander yang memerintah Kem ini. Sub Inspektor Tan Chin Buwin yang merupakan setiausaha dan connector bg PPIK PGA telah menyiarkan buletin untuk memohon kebenaran memulakan operasi di PPIK. Dalam tempoh tersebut saya juga mula melakukan hebahan secara lisan kepada jiran tetangga mengenai pembelajaran komputer secara percuma yang di tawarkan PPIK dan mendapat respon yang baik.

Beginilah keadaan ppik saya ketika perabot dan komputer mula dipasang.

Setelah menulis surat kepada pihak yang 'terlibat', pada 19hb Feb 2009 ini saya akan menghadiri mesyuarat Agong PERKEP Briget untuk memperkenalkan PPIK ini secara rasmi. Di harap PPIK ini akan lebih giat beroperasi di masa hadapan.

Jan 26, 2009

Perpustakaan PGA


Sejarah Penubuhan Perpustakaan PGAPenubuhan perpustakaan ini hasil perbincangan awal antara Sab Inspektor Kapeli bin Mat Isa dengan YB Ahli Parlimen Tambun. Hasil perbincangan tersebut seterusnya dibawa ke pengetahuan YDH Timbalan Komander Briget Utara yang pada masa itu menjawat jawatan sebagai Pegawai Pemerintah BN1 PGA. Perkara ini mendapat persetujuan beliau dan hal ini kemudiannya diusulkan ke Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak untuk dipertimbangkan.
Hasil persetujuan dari semua pihak, perpustakaan ini berjaya ditubuhkan pada Oktober 2000. Tempat yang dijadikan perpustakaan sekarang ialah sebuah Pejabat Risik BN1 PGA. Memandangkan kedudukan blok O berada di tengah2 kentomen,persetujuan diperolehi dari YDH Komander Briget Utara untuk dijadikan perpustakaan. Kerja2 pembaikan telah dilakukan secara bergotong-royong oleh anggota2 BN1 PGA,setelah mendapat peruntukan awal sebanyak RM 5,000 dari YB Ahli Parlimen Tambun, Dato Haji Husni bin Hanadzlah.


Pusat Perkhitmatan & Ilmu Komuniti (PPIK) PGA

Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi
PROGRAM PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT(USP)
Program ini dilaksanakan selaras dengan matlamat dasar kebangsaan bagi industri komunikasi dan multimedia untuk

  • menggalakkan pewujudan masyarakat di mana perkhidmatan berdasarkan maklumat sebagai asas pembanggunan kualiti hidup yang berterusan
  • memastikan penyediaan perkhidmatan samarata yang mampu dibayar melalui infrastruktur kebangsaan yang sentiasa ada
  • mewujudkan suasana aplikasi yang giat bagi pengguna
OBJEKTIF
Objektif program USP dilaksanakan adalah bagi
  • menyediakan perkhidmatan infrastruktur komunikasi dan kemudahan capaian internet dikawasan luar bandar,pinggir bandar dan pendalaman.
  • merapatkan jurang digital antara masyarakat di kawasan bandar dan luar bandar serta masyarakat luar jangkauan (underserve community)
  • menyediakan latihan dan kemahiran ICT kepada masyarakat dikawasan luar bandar, penggir bandar dan pendalaman
  • merapatkan jurang minda antara masyarakat dikawasan bandar dan luar bandar melalui capaian maklumat.
JURANG MINDA
Bagi merapatkan jurang minda,masyarakat dikawasan luar bandar/pendalaman perlu diberi latihan dan kemahiran ICT (celik IT) melalui program kesedaran (awareness), penglibatan (commitment), penggunaan (utilization) dan memperkasa komuniti (empowerment). Kandungan tempatan (local content) dan pelbagai aplikasi yang dapat memberi manfaat dan ilmu kepada masyarakat di kawasan luar akan terus di pertingkatkan. Objektif ini boleh dicapai melalui program Pusat Ilmu Komuniti (Community Servis & Knowledge Centre-CSKC) di bawah RMK9
PPIK (Pusat Perkhidmatan & Ilmu Komuniti)Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK), Datuk Dr Halim Man telah memaklumkan;
“kerajaan memperuntukkan RM118 juta sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi membina Pusat Perkhidmatan & Ilmu Komuniti (PPIK) sebagai sebahagian daripada usaha menaik taraf Program Internet Desa (PID) yang diperkenalkan sebelum ini.
KTAK berperanan mewujudkan program pemberian sejagat (USP) dengan membekalkan perkhidmatan ICT secara percuma dilokasi2 PPIK. Inisiatif kerajaan & KTAK ini adalah untuk mengatasi masalah jurang digital dan jurang minda.
PPIK bertindak sebagai pusat sehenti dalam bidang ICT bagi meningkatkan mutu hidup masyarakat luar bandar. PPIK membolehkan mereka berhubung dengan dunia luar, menimba ilmu dan melaksanakan pelbagai urus niaga elektronik seperti e-Government, e-dagang dan pembelajaran menerusi e-learning dengan menggunakan kemudahan internet jalur lebar yang disediakan.


Kepentingan PPIK kepada komuniti PGA

> Pusat latihan dan pengajaran ICT secara percuma.
> Mencetuskan pertumbuhan pengguna baru dikalangan komuniti PGA mengikut peringkat umur dari kanak2 hingga dewasa.
> Menyedarkan komuniti tentang kepentingan komputer.
> Menimba ilmu dan melaksanakan pelbagai urusan elektronik.
> Sebagai pusat sehenti (one stop center) untuk komuniti PGA.
> Merapatkan jurang digital dan jurang minda


Kemudahan & khidmat pembelajaran percuma

free counters